13 Taman Rekreasi Baru Di DUN Senadin

AHAD, 3 OKTOBER 2021

MIRI: Sebanyak 9 taman rekreasi telah dibina manakala, 4 lagi dinaik taraf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin dengan kesemuanya dibina di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). 

13 taman rekreasi yang dibina di kawasan DUN Senadin ialah Menaik Taraf Taman Rekreasi di RPR, Lorong 5, Permyjaya dengan kos RM100,000, Pembinaan Taman Rekreasi Di Lorong Dato Permaisuri 3, Desa Pujut, Permyjaya (RM100,000), Pembinaan 2 Taman Rekreasi Baru di kawasan Riam (RM200,000), Pembinaan Taman Rekreasi di Kampung Lembah Hijau (RM50,000) dan Pembinaan Taman Rekreasi di Lorong Perkasa 2A/2 Lot 10381, Desa Senadin (RM100,000). 

Turut dibina Taman Rekreasi di Taman Besar Desa Murni 1, Bandar Baru Permyjaya (RM100,000), Pembinaan Taman Rekreasi di Jalan Maigold, Promin Jaya 2, Senadin (RM50,000), Pembinaan Taman Rekreasi Baru di Lot 6572, Vista Perdana, Permyjaya (RM100,000), Pembinaan Taman Rekreasi dan Gelanggang Futsal dan Sepak Takraw Baru serta Pagar di Lot 3310 Tudan 10 Fasa 5 (RM100,000), Pemmbinaan Taman Rekreasi di Desa Indah 1, Bandar Baru Permyjaya (RM50,000) dan Pembinaan Taman Rekreasi di Lorong Kiambang 1, Tudan Fasa 3 (RM100,000) dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.15 juta. 

Perkara ini dimaklumkan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin selepas mengadakan tinjauan tapak pembinaan taman rekreasi baru di Vista Perdana pada Ahad. 

Jelas Datuk Lee lagi, 4 taman rekreasi telah siap dibina dalam fasa pertama dengan peruntukan RTP 2020 dan ini termasuk kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dan saliran, mencantas semak samun, membina trek larian dan bangku.

Manakala, untuk fasa seterusnya peruntukan RTP 2021 akan menjadikan taman rekreasi terbabit lengkap dengan permainan kanak-kanak dan tempat senaman dewasa.

Projek menambah taman ini juga adalah di bawah Pelan Rekreasi dan Hijau Miri 2018.-EDISI UKAS