AHAD, 3 OKTOBER 2021
BALEH: Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu menyebabkan empat sekolah di kawasan pedalaman Baleh mula ditenggelami air.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh guru di sekolah berkenaan menerusi aplikasi whatsapp Kementerian Pendidikan dan JK Bencana Bahagian Kapit pada Ahad.
Sekolah yang terjejas adalah SK Temenggong Koh, SK Ng. Kain, Sk Ng. Sempili dan SMK Baleh.
Sementara itu, pegawai kesihatan di kawasan berkenaan turut melaporkan Klinik Kesihatan Ng. Melinau, Mujong dan Klinik Kesihatan Ng. Antawau, Baleh juga ditenggelami air.
Ketika ini hujan telah pun berhenti namun timbul kerisauan kerana hujan masih lagi turun di kawasan hulu sungai terutama air Sungai Baleh. – EDISI UKAS