GERAK, USTEV Dan SPIKS Bantu Usahawan Sarawak Semasa Pandemik COVID-19

AHAD, 3 OKTOBER 2021

MIRI: Sepanjang penularan wabak pandemik COVID-19, ramai usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terjejas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) telah menambah peruntukan di dalam pakej Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) bagi membantu golongan usahawan Sarawak. 

Pakej tersebut telah dimasukkan di dalam Pakej Bantuan  Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga 7.0 dengan jumlah keseluruhan BKSS sebanyak RM5.3 bilion.

“Tahun ini, MINTRED telah menerima peruntukan tambahan melalui BKSS sebanyak RM20 juta untuk Pakej GERAK dan RM20 juta untuk Program USTEV. 

“Untuk GERAK dan USTEV, kita memberi geran makimum sebanyak RM30,000 kepada lepasan teknikal dan graduan yang berminat untuk berniaga,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Don’s Burger dan The Brew, Crew, Permyjaya Miri pada Sabtu.

Jelasnya lagi, geran GERAK dan USTEV tidak perlu dibayar dan dikhususkan kepada graduan lepasan teknikal untuk membantu meningkatkan perniagaan dengan permohonan dibuat melalui melalui MINTRED dan SCDC.

Tambah Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II Sarawak, MINTRED juga menyediakan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) yang disediakan dan mempunyai tambahan peruntukan sebanyak RM20 juta menerusi skim pinjaman mudah dan maksimum pinjaman RM250,000 untuk pengusaha dan peniaga Bumiputera sahaja.

“Ketua Menteri telah memutuskan untuk memberi moratorium sehingga hujung tahun ini.

“Permohonan ini masih dibuka sehingga hujung tahun ini dan jika diluluskan mereka tidak perlu membayar faedah selama 3 tahun setengah sebaliknya akan dibayar Kerajaan Sarawak,” tambahnya. 

Pada majlis itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga menyampaikan cek Bantuan GERAK sebanyak RM10,000 kepada pemilik The Brew Crew Mohammad Adib Abdul Ghani. 

Don’s Burger dan The Brew Crew adalah jenama tempatan Miri yang ditubuhkan sejak 2015 dan 2016 serta berkembang dan menubuhkan beberapa cabang di Miri, Bintulu dan Lembah Klang.

Bermula pada tahun 2015 sebagai perniagaan burger kecil dari rumah di Pujut 9B, Miri. 

Pada tahun 2017, mereka telah memasuki pasaran dan berkembang menjadi jenama burger makanan segera tempatan dengan membuka restoran pertama di Al Bayt Square dan sejak itu tidak pernah menoleh ke belakang.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Rosey Yunus, ADUN Lambir Ripin Lamat  dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak Dzulkornain Masron.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia