Seramai 299 Pelajar SMK Beladin, Pusa Terima Suntikan Vaksin COVID-19

AHAD, 3 OKTOBER 2021

PUSA : Seramai 299 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Masyarakat Kampung Beladin, Pusa pada Ahad.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan pelajar serta beberapa orang guru juga terlibat dalam menjayakan program vaksinasi tersebut.

Dalam pada itu, para pelajar berasa sangat bersyukur kerana telah mendapatkan suntikan vaksin dos pertama dan bersedia dengan suntikan dos kedua pada tarikh temujanji seterusnya.

Para pelajar memberitahu, dengan adanya vaksin, ianya memberi keyakinan kepada mereka apabila menghadiri persekolahan yang akan datang kelak.

Sehubungan itu, para pelajar menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas usaha memberikan vaksin secara percuma demi Kesejahteraan para pelajar di SMK Beladin, Pusa. – EDISI UKAS