134 Remaja Lengkap Divaksin Di DUN Telang Usan

ISNIN, 04 OKTOBER 2021

TELANG USAN : Seramai 134 orang remaja berumur 16 tahun dan 17 tahun telah hadir mendapatkan dos kedua suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kee Tee, Long Lama pada Sabtu.

Selain remaja bersekolah, turut sama hadir menerima vaksin ialah remaja yang tidak bersekolah yang mendapatkan dos pertama.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berjalan lancar serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, program vaksinasi remaja bersekolah dan tidak bersekolah masih diteruskan dan mereka yang sudah mendapatkan vaksin lengkap di PPV Long Lama tetapi mempunyai data MySejahtera yang tidak lengkap, diminta berhubung dengan PPV Long Lama di talian 019-8010814.-EDISI UKAS