Mangsa Banjir Dari Enam Rumah Panjang Di Bukit Mabong Terima Bantuan Makanan

ISNIN, 4 OKTOBER 2021

BALEH: Seramai 88 Ketua Isi Rumah (KIR) dari enam rumah panjang sekitar kawasan pedalaman Bukit Mabong yang terkesan akibat banjir mendapat bantuan makanan dari Jabatan Kebajkan Masyarakat Kapit.

Agihan bantuan itu turut dilaksanakan JK Bencana Daerah Bukit Mabong pada Ahad.

Rumah panjang yang terjejas adalah Rumah Panyau Semada (8 pintu), Rumah John Katil (29), Rumah James Bandak (34), Rumah Soselly Sintau Sumok (6), Rumah Rentap Batang (3) dan Rumah Unggam Majau (8).

Kawasan rumah-rumah panjang ini paling mudah terjejas dan mengalami banjir kerana terletak berhampiran dengan sungai Baleh. – EDISI UKAS