Peranan NGO Bantu Kerajaan Perangi COVID-19 Terus Dihargai

ISNIN, 4 OKTOBER 2021

REPOK: Peranan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu kerajaan memerangi wabak COVID-19 akan terus dihargai, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Menurutnya, bidang pendidikan juga sentiasa menjadi keutamaan beliau sejak menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

Justeru, beliau mengingatkan ibu bapa agar mematuhi SOP yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan juga memberi perhatian terhadap kesihatan anak-anak semasa pandemik.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM45,000 kepada 10 NGO bertempat di Pusat Khidmat N.45 Repok pada Isnin.

Penerima geran adalah Persatuan Penjaja Sarikei Sarawak (RM5,000), SRK Coffee & Restaurant Traders’ Association (RM5,000), Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei (RM5,000), Sarikei Livestock Breeders Association (RM2,000), Persatuan Berbasikal Bahagian Sarikei (RM5,000), Kelab Rotary Sarikei (RM3,000), Sarikei Foochow Association (RM10,000), Persatuan Cina Bersatu, Bahagian Sarikei, Sarawak (RM5,000), Kwong Wai Siew Assn Sarikei (Women Sec) (RM2,000) dan Majlis Guru Besar Daerah Sarikei (RM3,000). – EDISI UKAS