Datuk Amar Douglas sumbang bakul makanan kepada tiga rumah panjang

SELASA, 5 SEPTEMBER 2021

BETONG: Sebanyak 77 buah bakul makanan diserahkan kepada tiga Rumah Panjang di Daerah Betong oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah  Embas pada Isnin berikutan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak September lalu.

Rumah panjang terbabit adalah Rh. Unting Jelom Nanga Sela, Layar, Betong pada 26 September 2021, manakala Rh. Kelimbang Jaman, Penyulok, Layar, Betong dan Rh. Steward Empati Kudang, Selangking, Layar, Betong sejak 27 September 2021.

Sumbangan bakul makanan tersebut diselaraskan oleh Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan diserahkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian(JPBB) Betong bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban tersebut.

Sumbangan bakul makanan tersebut diserahkan kepada 33 pintu, Rh. Kelimbang Jaman, 5 pintu Rh. Unting Jelom, dan 33 pintu Rh. Steward Empati Kudang.

Dalam pada itu, Kelimbang Jaman, Unting Jelom dan Steward Empati Kudang mewakili Tuai rumah Panjang yang terlibat sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Bukit Saban di atas keperihatinan beliau dalam menangani bebanan yang dirasai penduduk yang terlibat bagi memutuskan wabak COVID-19 yang terus merebak.-EDISI UKAS