Empat Lagi Projek RTP Untuk DUN Kabong

SELASA, 5 OKTOBER 2021

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turun padang untuk menyaksikan majlis ringkas penyerahan empat Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di sekitar kawasannya pada Isnin.

Projek-projek tersebut adalah membangunkan kawasan untuk parkir kenderaan di SK St Paul Roban dengan peruntukan RM200,000 serta bina baru terminal bot Sungai Kampung Emplam dengan peruntukan RM250,000.

Dua lagi projek adalah pembinaan terminal bot Rumah Bundan, Engkabang dengan peruntukan RM200,000 dan naiktaraf jalan perkuburan Kristian/Pagan di Empayang dengan peruntukan RM150,000.

Hadir sama Penolong Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban Michael Meling, Jurutera JKR Betong Richat Ilok, Penolong Jurutera JKR Saratok Priscilla Carnelius dan beberapa wakil kontraktor dan penerima projek. – EDISI UKAS