Jalan Bintangor-Sarikei Kini Dilimpahi Cahaya

SELASA, 5 OKTOBER 2021

MERADONG: Pengguna Jalan Bintangor-Sarikei kini boleh menarik nafas lega apabila laluan pintas ke bandar Sarikei telah dilengkapi dengan lampu jalan sekali gus menjamin keselamatan pengguna terutamanya pada waktu malam.

Menurut ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, pemasangan sebanyak 162 lampu di sepanjang jalan itu juga akan memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

“Pemasangan 162 lampu jalan ini akan membawa banyak keselesaan kepada rakyat tinggal di kawsan ini dan yang menggunakan Jalan Pasi/PMeradong.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak terutama JKR Sarawak kerana melaksanakan projek ini,” katanya kepada media selepas meninjau projek berkenaan pada Isnin.

Beliau menambah, JKR Bahagian Sarikei turut memaklumkan mengenai pemasangan lampu di kawasan Bintangor iaitu jalan utama Sg Bakong sehingga Jalan Kelupu yang berdekatan dengan SJK (c) Ming Tee.

Malah kawasan Daerah Pakan katanya juga telah dipasang tiang lampu. – EDISI UKAS