Projek Pembinaan Gereja St. Leo Kampung Serasot Dijangka Siap Januari 2022

SELASA, 5 OKTOBER 2021

BAU: Penduduk Kampung Serasot di sini dijangka memiliki sebuah gereja baharu yang dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Januari 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep sekali lagi telah meninjau kerja pembinaan gereja St. Leo Kampung Serasot di sini pada Selasa.

Tinjauan dilakukan bagi melihat perkembangan semasa pelaksanaan kerja-kerja yang sedang dalam pembinaan dan mengenalpasti apakah keperluan tambahan dalam memastikan gereja tersebut siap sepenuhnya.

Sementara itu, Pengerusi gerejanya, Andrew Mindil memberitahu, peruntukan bagi projek pembinaan gereja tersebut adalah daripada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) iaitu sebanyak RM200,000.

Katanya, ADUN Tasik Biru menerusi dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) turut menyumbang dana berjumlah RM100,000 selain sumbangan daripada penduduk kampung tersebut.

“Projek yang akan menelan belanja sebanyak RM1,368,181 itu masih kekurangan sebanyak RM554,000 untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Andrew Mindil menambah, pihak gereja juga akan memohon bantuan peruntukan tambahan daripada pihak UNIFOR selain peruntukan daripada ADUN Tasik Biru. -EDISI UKAS