Empat Rumah Daif Telah Siap Dibaik Pulih Menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

RABU, 6 OKTOBER 2021

KUCHING: Sebanyak empat buah rumah daif di Kampung Pulo Hilir telah siap dibaik pulih menerusi bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar pada Selasa.

Pelaksanaan kerja membaik pulih tersebut adalah kerjasama pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Perumahan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Penerima bantuan merakamkan penghargaan kepada agensi pelaksana atas komitmen mereka melaksanakan kerja baik pulih berkenaan. –EDISI UKAS