Projek Lampu Jalan Bakal Atasi Isu Lorong Gelap Di Kampung Hilir Maludam

RABU, 6 OKTOBER 2021

MALUDAM: Isu lorong gelap di Kampung Hilir Maludam bakal diatasi dalam jangka masa terdekat setelah projek memasang lampu jalan siap dilaksanakan kelak.

Pihak SEB Sri Aman dalam pada itu telah mengadakan lawatan tapak bagi mengenal pasti lokasi lampu jalan berkenaan pada Selasa.

Projek memasang lampu jalan tersebut merupakan salah satu daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

Ketua Kampung Hilir Maludam, Anuar Dollah mewakili penduduk setempat merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat mereka atas keprihatinan beliau menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk dengan segera. –EDISI UKAS