KHAMIS, 7 OKTOBER 2021
KUCHING: Pusat Khidmat ADUN Tupong telah menyampaikan sumbangan khas kebajikan kepada salah seorang penduduk Kampung Kolong 2 pada Rabu.
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas Media, Nurudden Su’ut bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.
Penerima sumbangan merakamkan penghargaan atas keprihatinan wakil rakyat mereka memberikan sumbangan khas tersebut. –EDISI UKAS