UNIFOR Agih Peruntukan RM3.02 Juta Untuk Lapan Penerima

KHAMIS, 7 OKTOBER 2021

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) meneruskan sumbangan dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.02 juta kepada lapan rumah ibadat bukan Islam di negeri ini pada Khamis.

Peruntukan diserahkan Timbalan Ketua Menteri yang juga menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada wakil rakyat sebagai wakil penerima.

Antara penerima yang hadir Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN Simanggang Datuk Francis Harden, Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera merangkap ADUN Kakus, Datuk John Sikie Tayai, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Tamin Christopher Gira Sambang dan ADUN Ngemah Alexander Vincent.

Peruntukan yang sama dijadual diteruskan pada Jumaat. -EDISI UKAS