Lagi 42 Pelajar Dari Tebedu Lengkap Vaksinasi

SABTU, 9 OKTOBER 2021

TEBEDU: Seramai 42 pelajar dari Tebedu melengkapkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu pada Jumaat.

Manakala 12 orang lagi pelajar menerima suntikan dos pertama vaksin di PPV sama.

Penyelaras PPV Dewan Masyarakat Tebedu, Dr Shamira Muhammad Radzi berkata, program vaksinasi akan disambung semula pada 14 Oktober depan khas untuk para pelajar yang belum menerima suntikan dos pertama mereka.

Katanya, semua penerima vaksin (pelajar) wajib membawa ibu bapa atau penjaga sebagai pengiring mereka. -EDISI UKAS