Sumbangan Dato Dr Zaliha Dapat Pengiktirafan

SABTU 9 OKTOBER 2021

KUCHING: Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato Dr Zaliha Christine Abdullah yang telah dianugerahkan Bintang dan Pingat Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, Panglima Darjah Kebesaran Sarawak yang membawa gelaran Dato sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada Sabtu.

Dato Dr Zaliha mempunyai kelulusan akademik B.Sc.(Hons) University of Nottingham UK, MSc. Universiti Malaya dan PhD CNAA London UK pernah dilantik sebagai penyelia tesis untuk Sarjana dan juga di peringkat PhD dari pelbagai Universiti di dalam dan luar negara. 

Beliau pernah berkhidmat sebagai Associate Professor & Head, Biotechnology Department di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang Selangor pada tahun 1970 hingga 1993.

Pada tahun 1993 sehingga 2018, beliau pernah berkhidmat sebagai Senior Research Fellow di CRAUN Research Sdn Bhd Kuching Sarawak.

Beliau pernah menjadi Lead Researcher & Head of Upstream Technology (1993 – 2004) menerusi penyelidikan dalam Mass Propagation & Improvement Of Sago Palm Through Biotechnology dan juga sebagai Co-ordinator and Chief Scientist (2004 – 2018) dalam membuat penyelidikan mengenai Development of (+)-Calanolide A as an anti-HIV drug.

Dato Dr Zaliha kini berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat, Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) semenjak tahun 2016 dan bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja kebajikan. 

Antara Darjah-darjah Kebesaran Negeri yang pernah diterima termasuklah Pingat Bintang Kenyalang, P.B.K. (2016) dan Johan Bintang Kenyalang, J.B.K. (2020).-EDISI UKAS