Baik Pulih Jalan Ke Rumah Catherine Lakin Dimulakan Tidak Lama Lagi

AHAD, 10 OKTOBER 2021

SIBU: Kerja-kerja baik pulih jalan utama ke Rumah Catherine Lakin di Durin Kiba yang sering terjejas akibat hujan lebat akan dimulakan tidak lama bagi memberi keselesaan kepada penduduk di rumah panjang berkenaan.

Jalan sepanjang 500 meter dari depan jalan menuju ke rumah panjang tersebut memerlukan dana sebanyak RM150,000 bagi kerja-kerja menaiktaraf.

Pada Sabtu, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Wong Ching Yong turun padang bagi meninjau keadaan jalan berkenaan.

Menurut Tuai Rumah Catherine, penduduk rumah panjang itu sukar untuk melakukan sebarang aktiviti kerana terperangkap oleh keadaan jalan yang ditenggelami air setiap kali berlakunya hujan lebat.

Dalam pada itu, Wong turut berkesempatan meninjau projek siap di Rumah Kemarau iaitu membersihkan parit yang sebelum ini tersumbat menyebabkan air sungai tersekat dan mengakibatkan banjir. – EDISI UKAS