SELASA, 12 OKTOBER 2021
BINTULU: Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak Dato Ir. Alice Jawan Empaling yang mengetuai Pasukan Petugas Khas Pemantuan Projek Negeri telah mengadakan lawatan ke Tapak Projek Jambatan Sebauh pada Selasa.
Lawatan tersebut bertujuan memantau dan menjalankan intervensi kepada Projek Jambatan Sebauh yang kini sedang dalam pembinaan.
Semasa lawatan itu, Dato Ir. Alice telah diberikan taklimat ringkas daripada pihak kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) berkenaan prestasi projek.
Turut sama Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat.-EDISI UKAS