PPDK Lubok Antu Terima Bantuan Keperluan Pencegahan COVID-19 Sempena Program Ziarah UKAS

JUMAAT, 15 OKTOBER 2021

LUBOK ANTU: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Lubok Antu menerima bantuan keperluan pencegahan COVID-19 bersempena dengan Program Ziarah UKAS pada Khamis.

Penyerahan bantuan telah disampaikan kepada Penyelia PPDK Lubok Antu, Sophia Arong untuk diagihkan kepada warga pusat pemulihan berkenaan.

Sophia merakamkan penghargaan kepada pihak UKAS atas usaha memberikan bantuan tersebut bagi membendung penularan wabak COVID-19. –EDISI UKAS