JUMAAT, 15 OKTOBER 2021
SIBU: Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Sibu diteruskan di DUN Bukit Assek pada Jumaat di dua lokasi iaitu di Masjid Al Muhajirin, Sentosa dan di tapak rumah kebakaran di Jalan Sentosa.
Pelaksanaan program dengan memberi mesin sanitasi dan cecair pencuci tangan ke setiap rumah ibadah terdapat di kawasan Kampung Usaha Jaya Baru, Sentosa.
Terdapat lima rumah ibadat menerima bantuan ini iaitu Masjid Al-Muhajirin, Surau Al-Ansar, Gereja Methodist, Gereja SIB dan Gereja Roman Katolik.

Selain itu, bantuan bakul makanan dan cecair pencuci tangan turut diagihkan kepada 27 mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Jalan Sentosa.
Turut hadir dalam penyerahan sumbangan ialah Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon; Ketua Pemuda SUPP Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng, dan Ketua Kaum Salim, Ali Serani.
Dalam pada itu, mangsa kebakaran juga berharap agar mereka dapat diberikan lot kediaman agar mereka tidak lagi perlu menyewa.
Difahamkan mereka telah memohon lot kediaman beberapa tahun sebelum ini namun sehingga kini belum menerima maklum balas. – EDISI UKAS