ADUN Kalaka Rasmi Mesyuarat PIBG SK Abg Abd Rahman Saratok, Beri Peruntukan Geran serta Projek RTP

SABTU, 16 OKOTBER 2021

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abd Wahab Aziz telah merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman Saratok secara atas talian pada Sabtu.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau telah mengumumkan peruntukan geran PIBG 2021 sebanyak RM30,000.

Beliau juga turut mengumumkan dua peruntukan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2022 iaitu pembinaan bangunan baru dewan dan STEM berjumlah RM300,000 serta pembinaan bumbung sambungan dataran sebanyak RM150,000.

ADUN Kalaka itu turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG atas pencapaian yang terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. -EDISI UKAS