Penduduk Rumah Lana, Kampung Sepangah Yang Dikenakan Lanjutan PKPD Terima Bantuan Makanan

SABTU, 16 OKTOBER 2021

LIMBANG: Sejumlah 47 pek bantuan makanan  berupa makanan basah telah diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) di Rumah Lana, Kampung Sepangah pada Jumaat.

Penduduk rumah panjang tersebut menjalani lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama tujuh hari bermula dari 11 Oktober hingga 17 Oktober 2021 .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Danau, Paulus Palu Gumbang telah turun padang untuk menyerahkan bantuan kepada anggota polis yang bertugas di pondok kawalan PKPD di rumah panjang tersebut sempena dengan Program SABERKAS Prihatin.

Sehubungan itu, Tuai Rumah Lana dan Pengerusi SABERKAS Unit Kampung Sepangah ketika dihubungi merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Batu Danau atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan kepada penduduk kampung.-EDISI UKAS