SABTU, 16 OKTOBER 2021
PAKAN: Projek merata tapak Rumah Panjang Sujang, Setubu Pakan fasa dua berjumlah RM130 000 telah siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom bersama dengan Penolong Jurutera, Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei, Anneves Lang menyerahkan tapak projek kepada Tuai Rumah Sujang pada Jumaat.
Projek inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Pakan itu merupakan projek di bawah seliaan kontraktor Ace Enterprise yang telah memulakan operasi pada 2 Ogos 2021 dan siap sepenuhnya pada 15 Oktober 2021.
Hadir sama, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Pakan, Dana Ungki, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Residen Sarikei Safidi dan beberapa orang wakil penduduk rumah panjang. – EDISI UKAS