13 Bunting Iklan Pinjaman Wang Tanpa Lesen Sekitar Riam Dan Pusat Komersial Lapangan Terbang Miri Disita

AHAD, 17 OKTOBER 2021

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah menyita bunting bahan iklan pinjaman tanpa lesen di Riam dan Pusat Komersial Lapangan Terbang Miri.

Menurut Penolong Pegawai Penguatkuasa MBM Abdul Hakim, sebanyak 13 bunting telah disita dan diturunkan.

“Unit Bahan Iklan Penguatkuasa MBM telah menyita dan menurunkan 13 bunting bahan iklan pinjaman wang tanpa lesen di sekitar kawasan Riam dan Pusat Komersial Lapangan Terbang Miri telah dibuat. 

“Tindakan ini dibuat bersama pasukan pemantau Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3,” katanya semasa ditemui semasa Operasi Pemantauan Pematuhan SOP PPN Fasa 3 COVID-19 pada Jumaat. 

Mengulas operasi tersebut, Abdul Hakim memberitahu pihaknya melakukan pemantauan PPN Fasa 3 COVID-19 sekitar Bandaraya Miri setiap hari.

“Pada Jumaat, sebanyak 690 premis perniagaan telah diperiksa pada hari tesebut. Daripada jumlah itu, 28 pasaraya, 558 premis makanan, 56 penjaja, 13 pusat penjaja dan 35 lain-lain premis perniagaan.

“Untuk rekod, pemantauan ini dilakukan setiap hari termasuklah hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan masyarakat di Bandaraya Miri mematuhi aspek pencegahan SOP PPN Fasa 3 COVID-19,” ujarnya.

Pasukan MBM turut membuat pemantauan di taman-taman riadah yang menjadi tumpuan penduduk di bandaraya Miri iaitu di Taman Awam Miri, Taman Bulatan Miri dan Taman Kipas.-EDISI UKAS