AHAD, 17 OKTOBER 2021
BUKIT BEGUNAN: Sebanyak 12 mesin semburan sanitasi telah digagihkan kepada 12 rumah ibadat di kawasan DUN Bukit Begunan pada Sabtu.
Sumbangan melalui Program Ziarah UKAS itu telah disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.
Menurut Datuk Mong, beliau amat berterima kasih kepada pihak UKAS kerana telah mengadakan program seperti ini yang telah membantu segelintir pihak yang amat memerlukan.
Dalam pada itu, beliau juga mengarahkan kepada Pegawai UKAS untuk membantu mengenalpasti rumah ibadat serta dewan yang memerlukan mesin semburan dan menyediakan peruntukan untuk mendapatkan peralatan tersebut.-EDISI UKAS