7 Persatuan Dan 79 Keluarga Kawasan Tukau Terima Benih Durian Musang King

SELASA, 19 OKTOBER 2021

LAMBIR: Tanam dan jagalah durian Musang King ini dengan sebaiknya untuk menjana pendapatan sampingan keluarga.

Pesanan ini dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Anak Benih Durian Musang King DUN Lambir di AU Nusery pada Isnin.

Katanya lagi, sekiranya tanaman durian Musang King ini dibuat secara komersial ianya mampu menjana pendapatan lumayan kerana mendapat harga dan permintaan tinggi di pasaran. 

Sejumlah 7 buah persatuan dan 79 buah keluarga dari kawasan Tukau menerima anak benih durian Musang King ini.

Antara 7 persatuan tersebut ialah Persatuan Melayu Miri, Persatuan Jati Miriek, Persatuan Kedayan, Persatuan Anak-anak Lawas, Persatuan Dayak Miri, Persatuan Peryatim dan Persatuan Melanau Miri. -EDISI UKAS