SELASA, 19 OKTOBER 2021
SEBUYAU: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Ruai Sebuyau mengadakan gotong-royong dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.
Penyelia PPDK Sri Ruai Sebuyau, Nanyak Dunsang memberitahu, gotong-royong itu merupakan inisiatif jawatankuasa bersama petugas untuk membersihkan kawasan persekitaran pusat tersebut dalam memutuskan rantaian COVID-19 sekaligus memupuk kesatuan dan perpaduan komuniti.
Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam program tersebut.
Semua yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan fizikal, memakai sarung tangan serta mencuci tangan dengan langkah yang betul sepanjang melakukan gotong-royong tersebut. -EDISI UKAS