RABU, 20 OKTOBER 2021
TANJONG MANIS : Seramai 348 remaja telah menerima Vaksin COVID-19 dos pertama dan kedua jenis Pfizer di Dewan Masyarakat Tanjung Manis pada Isnin.
Lima daripada mereka baru menerima dos pertama setelah mendapat arahan bebas kuarantin dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana majoriti adalah dari Sekolah Menengah Belawai.
Difahamkan, sejak Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) Remaja dilaksanakan bermula 10 September lepas, seramai 914 telah menerima vaksin dos pertama dan 616 orang telah menerima dos kedua bermula 1 Oktober lepas.
Antara lokasi yang telah digunakan untuk PICK Remaja ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belawai,Klinik Kesihatan Paloh, Klinik Kesihatan Belawai dan Dewan Masyarakat Tanjung Manis.
Sehubungan itu, PICK Remaja ini telah mendapat sambutan menggalakkan dan mendapat kerjasama yang amat baik dari ibubapa.-EDISI UKAS