ADUN Meradong Serah Cek MRP Kepada Lima Buah Surau Dan Masjid

RABU, 20 OKTOBER 2021

BINTANGOR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada lima buah surau dan masjid sempena sambutan Maulidur Rasul Isnin. 

Antara surau dan masjid yang menerima cek tersebut adalah Surau Assyakirin, Meradong (RM 1,000), Surau Kpg Selemas (RM 1,000), Surau Muhajirin, Taman Bintang (RM 1,000), Masjid Darul, Taqwa Bintangor (RM 1,500) dan Masjid Al-Falah, Sungai Gemuan Bintangor (RM 1,500).

Dalam pada itu, sumbangan MRP tersebut bertujuan bagi penganjuran aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis keagamaan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul. 

ADUN Meradong menzahirkan ucapan terima kasih dengan kehadiran wakil-wakil daripada Surau Dan Masjid Bintangor serta mengucap selamat Menyambut Maulidur Rasul dan semoga semua diberkati kesihatan yang baik.-EDISI UKAS