Islam Menggalakkan Kemajuan Sains Dan Teknologi Demi Kesejahteraan Ummah

RABU, 20 OKTOBER 2021

MIRI: Kerajaan Sarawak memerlukan golongan yang berwibawa untuk sama-sama memberi sumbangan dalam arus kemajuan sains dan teknologi yang berkembang pesat. 

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bidang sains bukan bidang yang terasing dan baru bagi masyarakat Islam, malah ianya telah berkembang maju sejak pertengahan abad ke-8. 

Katanya, Khalifah al-Mansur telah menghimpun tokoh-tokoh sains di Baghdad yang terdiri daripada ahli perubatan dan astronomi dengan perkembangan ilmu dalam bidang ini ketika itu diambil dari India, Parsi dan Greek. 

“Ciri yang menarik pada ahli-ahli sains Muslim ketika itu adalah kombinasi ilmu yang ada pada mereka iaitu ciri keilmuan, keagamaan dan sains yang terletak pada diriyang sama seperti al-Kindi, Ibn Rushd, al- Farabi, Ibn Sina, al-Biruni dan Qutbal-Din.

“Mereka membuat analisis bukan secara emparikal dan rasional semata-mata, bahkan mengasaskan analisis mereka kepada ilmu wahyu,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1443H/2021M Peringkat Bahagian Miri di Masjid At-Taqwa Miri pada Selasa. 

Di antara pengisian majlis ialah bacaan Yaasin, Ceramah Khas Sambutan Maulidur Rasul 1443H/2021M dan penyampaian saguhati kepada Petugas Jenazah Berisiko Tinggi (JBT).

Tambah Datuk Amar Awang Tengah lagi, dengan kemajuan sains dan teknologi tanpa sempadan membolehkan masyarakat hidup dalam sauasana serba canggih.

“Islam amat menggalakkan berlakunya kemajuan sains dan teknologi yang memberi manfaat, berlakunya perubahan sosial yang tidak menolak asas fundamental yang berkaitan dengan etika dan nilai. 

“Memajukan diri kita dengan ilmu pengetahuan, ekonomi, digital dalam bidang perusahaan, perniagaan, perindustrian dan semua bidang. 

“Kita mahu meningkatkan kesejahteraan ummah,” tambahnya. 

Hadir sama Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Naroden Majais, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang juga ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, ADUN Lambir Ripin Lamat, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Setiausaha Eksekutif PBB Datuk Awang Bujang Awang Antek dan wakil Residen Bahagian Miri Jamalie Busri. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia