Majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran PAWE Satok Disambut Secara Sederhana

RABU, 20 OKTOBER 2021

KUCHING: Majlis sambutan Maulidur Rasul 1443H/2021M yang dianjurkan oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Satok telah diadakan secara sederhana di Pusat Kebajikan Datuk Amar Juma’Ani pada Selasa.

Majlis ringkas bertemakan ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualti’ tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi PAWE, Rosli Sahari yang seterusnya diikuti dengan Takzirah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh tenaga pengajar PAWE Sri Satok, Saiful Khori.

Sambutan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Zikir Maulid dari Kumpulan Zikir PAWE Sri Satok yang dipimpin oleh Ketua Kaum, Ahmad Di dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok, Dato Ibrahim Baki, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Setiausaha Cawangan PBB Satok, Samat Gany termasuk 40 orang dari Ahli Jawatankuasa (AJK) PAWE, Exco PBB dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan kampung (JKKK). –EDISI UKAS