ADUN Tanjong Datu Sempurnakan Program Ceramah Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Kuching

KHAMIS, 21 OKTOBER 2021

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu turun padang bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 2921M/1443H Peringkat Bahagian Kuching di Masjid Pehin Sri Adenan Satem pada Rabu.

Beliau memaklumkan, Jabatan Agama Islam Bahagian Kuching telah menganjurkan program ceramah khas bersempena dengan sambutan berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Pehin Sri Adenan Satem, Jamsari Ahamad mengambil peluang merakamkan penghargaan kepada Datuk Amar Jamilah atas usaha beliau dalam membantu dan memberikan sokongan kepada penduduk di kawasannya.

Jelasnya, pelbagai projek pembinaan dan kerja baik pulih dilaksanakan di kawasan Lundu menerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL).

“Ianya termasuk projek bina baharu Masjid Kampung Sekambal yang telah diluluskan, pembinaan Masjid Kampung Belungei yang berada dalam fasa akhir pembinaan dan kerja baik pulih Surau Kampung Serayan Hilir dan Surau SMK Senibong,” katanya. –EDISI UKAS