JKR Betong Serah Tapak Projek PEMERKASA

KHAMIS, 21 OKTOBER 2021

BETONG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong mengadakan upacara penyerahan tapak projek di bawah Program Strategik, Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) di bawah Kerajaan Persekutuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban pada Rabu.

Projek yang bernilai RM140,000 tersebut diserahkan bagi projek baikpulih jambatan (laluan) ke rumah panjang Tuai Rumah Robert Ganja, Putus, Spaoh kepada Kontraktor Penom Paku Enterprise dan Baikpulih jambatan lorong ke tanah perkuburan rumah panjang Pelandok, Paku, Spaoh kepada Kontraktor Mahda Enterprise yang berjumlah RM70,000 bagi setiap projek dan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Daerah Kecil Spaoh, Lister Clement Guwie, Pihak Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bukit Saban serta kedua-dua Tuai Rumah Panjang tersebut.

Projek tersebut bermula pada 25 Oktober 2021 Sehingga 24 Disember 2021 bagi projek Baikpulih jambatan lorong ke tanah perkuburan rumah panjang Pelandok, Paku, Spaoh manakala bagi projek Baikpulih jambatan (laluan) ke rumah panjang Tuai Rumah Robert Ganja, Putus, Spaoh Sehingga 22 November 2021.

Dalam pada itu, Kedua-dua Tuai Rumah Panjang tersebut sempat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan yang melaksanakan Projek PEMERKASA bagi menambahbaik infrastruktur bagi kegunaan penduduk rumah panjang tersebut.-EDISI UKAS