Pelajar SK Long Tengoa, SJK (C) Chung Hua Trusan Dan SMK Trusan Terima Vaksin Dos Kedua

KHAMIS, 21 OKTOBER 2021

TRUSAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja 12 Hingga 15 Tahun di Daerah Lawas masih diteruskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SJKC Trusan. 

Pada Rabu, pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Tengoa, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Chung Hua Trusan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan mendapatkan suntikan vaksin dos kedua.

Seawal jam 7:00 pagi lagi pelajar-pelajar dari ketiga-tiga sekolah  itu yang ditemani ibu bapa dan penjaga masing-masing telah datang awal ke PPV SJKC Trusan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. 

Seperti sebelumnya, setiap pelajar dan ibu bapa serta penjaga akan mematuhi setiap arahan petugas barisan hadapan bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar. 

Sepanjang proses vaksinasi itu, mereka yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19. -EDISI UKAS