KHAMIS, 21 OKTOBER 2021
BETONG: Sebanyak RM220,000 peruntukan projek kecil luar bandar(MRP) oleh Perdana Menteri Malaysia,Dato Sri Ismail Sabri Yaakob melalui cek disalurkan oleh Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar pada Rabu.
Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu kepada penerima tersebut.
Kumpulan pertama yang menerima cek adalah Persatuan Chung Hua Betong,Lembaga Pengurusan Sekolah Chung Hua Betong,The Betong Chinese Temple Charitable Trust Board,Pertubuhan Persahabatan Muzik Betong, St Margaret Chapel, Nanga Ajau,The Archbishop Of Kuching, Betong,SIB Bandar Betong,Gereja BEM Adonai Betong,Methodist Iban Bandar Betong,St Augustine Church Betong,Grace Assembly Betong,Gereja SIB Nanga Tebalau dan Gereja Seventh-Day Betong yang berjumlah RM120,000 dari kalangan Persatuan,Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan rumah-rumah ibadat.
Manakala kumpulan yang kedua menerima cek adalah daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SK Nanga Lawih, SK Nanga Spak, SK St Mark, SK St Peter & St Paul, SK St Bartholomew, SK Nanga Ajau,SK Nanga Passa, SK Abang Abdul Kadir, SK St Augustine Betong, SJKC Chung Hua Betong, SK Saka, SMK Ulu Layar, SMK St Augustine Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit, Kolej Vokasional Betong dan MRSM Betong yang berjumlah sebanyak RM100,000.
Majlis tersebut juga dihadiri dengan setiap wakil daripada organisasi yang dilantik dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan kehadiran yang mimimum.Para penerima sempat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri atas peruntukkan bagi kesinambungan pelaksanaan aktiviti dan keperluan mereka lebih-lebih lagi di dalam situasi menangani pandemik COVID-19.-EDISI UKAS