SABTU, 23 OKTOBER 2021
MIRI: Kali terakhir penerbitan buku “Miri – The Resort City” telah dihasil dan dicetak 6 tahun lalu pada 2016.
Menurut Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, Majlis Bandaraya Miri (MBM) terus mengambil inisiatif dengan menerbitkan edisi terbaru Cofee Table Book ini bagi memperkenalkan Bandaraya Miri di seluruh Malaysia dan luar negara.
“Buku bergambar bertajuk “Miri Uniquely Borneo” ini memberikan keseronokan kepada pembaca secara santai.
“Selain itu, buku edisi terbaharu ini juga memberi pembaca berfantasi terhadap banyak perkara dan kejadian yang menakjubkan di Bandaraya Miri.
“Buku ini telah banyak dikemaskini dengan memaparkan beberapa bahagian baru seperti penemuan bandar Miri, taman tempatan bandar Miri dan Teluk Marina, alam semulajadi di Bandar Miri, kepelbagaian dan perayaan etnik dan budaya Miri, makanan di Miri, hub pendidikan dan perubatan Miri dan tapak misteri tersembunyi pada masa lalu,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran ‘Miri Cofee Table Book’ menerusi zoom pada Khamis.
Tambah Adam lagi, memandangkan lebih banyak sekatan telah ditarik balik dijangkan pelancong mula datang ke Miri.
“Buku ini telah wujud pada saat yang tepat untuk mempromosikan Bandar Miri kepada pengunjung tempatan dan pelancong dari luar negara.
“Saya ingin mengingatkan usahawan sektor berkaitan pelancongan mestilah bersiap sedia untuk kebanjiran pengunjung,” tambahnya.
Turut sama hadir Setiausaha Bandaraya MBM Morshidi Frederick, Pengerusi Jawatankuasa Khas ‘Coffee Table Book Miri Uniquely Borneo’ Kaunselor David Stephen, Pengarah Kampus Univerisiti Curtin Syuhaira Mohd Zin dan Eksekutif Kanan Program dan Pengajian Roziana Abdul Rahman. -EDISI UKAS