AHAD, 24 OKTOBER 2021
DEBAK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam telah menghadiri mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta Majlis Pelancaran Logo PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas pada Ahad.
Program tersebut sepatutnya dijalankan pada hujung tahun lepas namun terpaksa ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pada itu, ADUN Saribas telah menyumbangkan RM15,000 kepada pihak sekolah SMK Saribas susulan permohonan dari pihak pengetua untuk menjayakan program pendidikan di sekolah tersebut.
ADUN Saribas turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PIBG SMK Saribas kerana menunjukkan kepimpinan yang sangat cemerlang selama ini.- EDISI UKAS