ISNIN, 25 OKTOBER 2021
SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo turun padang bagi meninjau pelaksanaan projek naik taraf Tua Pek Kong Semera Laut pada Ahad.
Beliau memaklumkan projek bernilai RM200,000 tersebut dilaksanakan dengan lancar dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Penduduk komuniti cina kawasan berkenaan merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat mereka yang telah prihatin dengan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. –EDISI UKAS