Program Ziarah UKAS Diteruskan Di Gereja St. Anthony Skrang Skim

ISNIN, 25 OKTOBER 2021

ENGKILILI: Program Ziarah UKAS terus dilaksanakan di Gereja St. Anthony Skrang Skim pada Ahad.

Gereja tersebut merupakan salah satu lokasi yang terpilih bagi program berkenaan di DUN Engkilili.

Dalam program itu, pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menyampaikan keperluan pencegahan COVID-19 bagi usaha mengekang penularan COVID-19 berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pihak gereja merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan UKAS atas sumbangan yang diberikan kepada mereka. –EDISI UKAS