Projek Naik Taraf Sistem Perparitan Konkrit Siap Lebih Awal, Tangani Banjir Kilat

ISNIN, 25 OKTOBER 2021

MIRI: Projek Naik Taraf Sistem Perparitan Konkrit di Tudan Desaras 6 (B) Fasa 3 membabitkan kos RM150,000 di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin telah siap lebih awal dari jadual asal. 

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato’ Sri Lee Kim Shin, projek tersebut mula dilaksanakan pada 10 September 2021 dan kini telah pun siap sepenuhnya.

“Projek ini merupakan Projek Fasa 3 dan merupakan projek menyambung Sistem Perparitan Konkrit Projek Fasa 2 yang telah siap sepenuhnya pada bulan Mei lepas.

“Untuk Projek Fasa 2, peruntukan sejumlah RM100,000 telah disalurkan dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM250,000. 

“Projek Fasa 3 ini telah melengkapkan kerja-kerja naik taraf sistem perparitan konkrit di Tudan Desaras 6 (B) secara menyeluruh,” katanya semasa ditemui selepas meninjau Projek Naik Taraf Sistem Perparitan di Tudan Desaras 6 (B) pada Isnin.

Dato’ Sri Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menjelaskan projek ini merupakan permintaan penduduk setempat bagi menangani banjir kilat setiap kali musim tengkujuh. 

“Projek naik taraf sistem perparitan ini merupakan permintaan daripada penduduk setempat dan isu banjir kilat yang berlaku setiap kali menjelang musim tengkujuh dijangka akan diselesaikan dengan sepenuhnya.

“Saya juga menerima respon positif daripada penduduk setempat atas inisiatif Kerajaan Sarawak dalam usaha menangani isu banjir kilat yang melanda setiap kawasan ketika hujan lebat atau musim tengkujuh,” tambahnya. 

Turut hadir Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri Pettruss Gudam, Penolong Jurutera JPS Miri Awang Nur Rosman dan wakil Pegawai Daerah Miri Edward Tawang.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia