Speaker DUN Sarawak Sumbang RM230,000 Kepada Masjid, Surau & Persatuan Komuniti DUN Tasik Biru

ISNIN, 25 OKTOBER 2021

BAU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak,  Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menyampaikan sumbangan RM230,000 kepada masjid, surau dan persatuan komuniti bagi kawasan  DUN Tasik Biru pada Ahad.

Beliau memaklumkan, sebanyak RM60,000 disumbangkan kepada dua buah masjid dan tujuh surau manakala RM170,000 disumbangkan kepada 12 persatuan komuniti atau sosial.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep yang turut hadir merakamkan penghargaan atas bantuan yang diberikan kepada kawasan DUNnya.

“Saya bersyukur dengan kehadiran Datuk Amar Mohamad Asfia yang sudi memberikan sumbangan kepada beberapa agensi dan institusi di kawasan Tasik Biru.

“Setelah melakukan perbincangan, beliau bersetuju membantu kawasan ini untuk kawasan masjid, surau, termasuk institusi seperti SABERKAS, ibu tunggal, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Speaker DUN di Bung Konis, Kampung Tanjong Singai.

Turut hadir ialah Setiausaha- Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, John Nyigor dan Charles Chad Nissom. –EDISI UKAS