194 Pelajar DUN Bukit Begunan Terima Baucer Bantuan Pakaian Seragam 2021 Tajaan Yayasan Sarawak

SELASA, 26 OKTOBER 2021

SRI AMAN: Seramai 194 pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan menerima baucer Bantuan Pakaian Seragam 2021 tajaan Yayasan Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, seramai 109 pelajar dari 12 Sekolah Rendah dan 85 pelajar dari sebuah Sekolah Menengah menerima bantuan bernilai RM200 setiap seorang untuk membeli pakaian sekolah.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang telah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan tersebut di Pejabat Daerah Sri Aman pada Selasa.

Dalam pada itu, Datuk Mong merakamkan ucapan terima kasih kepada para guru serta warga pendidik yang telah bekerja keras semasa pandemik untuk mendidik kanak-kanak secara dalam talian dan sebagainya.

“Kreativiti para guru untuk mendidik harus diberi pujian kerana usaha guru yang berkerja keras,” katanya. – EDISI UKAS