SELASA, 26 OKTOBER 2021
SELANGAU: Program Ziarah UKAS terus dilaksanakan bagi DUN Tamin di Pejabat Daerah Selangau pada Isnin.
Simbolik penyerahan sumbangan berupa keperluan pencegahan Covid-19 kepada 16 tuai rumah sebagai wakil penerima bagi rumah panjang masing-masing telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Selangau, Inting Nyami.
Menurut Inting, sumbangan berupa 16 mesin sanitasi termasuk 16 ubat cecair itu adalah sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di situ.
Oleh itu, beliau berterima kasih kepada pihak UKAS serta Kerajaan Sarawak atas sumbangan yang telah diberikan, membuktikan keperihatinan kerajaan terhadap rakyatnya.
“Dengan adanya bantuan seperti ini sedikit sebanyak membantu kita dalam menangani penyakit COVID-19.
“Jangan kita pernah mengganggap kerajaan tidak ambil kisah tentang masyarakat dan ini membuktikan kerajaan prihatin dengan keselamatan dan kesihatan dalam melawan COVID-19,” katanya.-EDISI UKAS