238 Warga 60 Tahun Ke Atas Terima Dos Penggalak

KHAMIS, 28 OKTOBER 2021

MUKAH: Seramai 238 yang terdiri di kalangan warga yang berumur 60 tahun ke atas menerima suntikan dos vaksin penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Mukah pada Rabu.

Mengikut maklumat yang diterima, syarat-syarat bagi penerima dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac adalah penerima yang melebihi 3 bulan selepas menerima dos yang kedua, manakala bagi vaksin Pfizer adalah enam bulan selepas menerima dos kedua.

Proses pemvaksinan berjalan dengan lancar oleh pasukan barisan hadapan di PPV Dewan Suarah tersebut.-EDISI UKAS