Jabatan Penerangan Daerah Tatau Sumbang 1,000 Pelitup Muka Kepada Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Tatau

KHAMIS, 28 OKTOBER 2021

TATAU: Penularan wabak COVID-19 masih lagi berleluasa dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dikuatkuasakan. 

Menyedari keperluan SOP, Jabatan Penerangan Daerah Tatau telah memberikan sumbangan 1,000 pelitup muka kepada Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau bagi melancarkan operasi harian. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan Pegawai Penerangan Daerah Tatau Donny Minggu Ling kepada Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau Jankey Jikat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau pada Rabu.-EDISI UKAS