Penduduk Kuarantin Di Rumah Terima Sumbangan ADUN Bukit Saban

KHAMIS, 28 OKTOBER 2021

BETONG: Sebanyak tiga buah keluarga daripada dua buah rumah panjang yang dikenakan perintah kuarantin menerima sumbangan bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Jumaat.

Sumbangan itu diselaraskan oleh Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan diserahkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong kepada dua buah keluarga rumah panjang Ulu Babu, Debak yang dikenakan kuarantin sehingga 1 November dan sebuah keluarga di rumah panjang Nanga Penebak yang dikenakan kuarantin sehingga 30 Oktober 2021.

Sehubungan itu, rata-rata keluarga yang telah dikenakan perintah kuaratin kendiri tersebut merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Bukit Saban di atas bantuan bagi meringankan beban mereka.-EDISI UKAS