336 Warga Emas Terima Suntikan Dos Penggalak Di PPV Dewan Masyarakat Tebedu

JUMAAT, 29 OKTOBER 2021

TEBEDU: Seramai 336 orang warga emas menerima suntikan vaksin dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu pada Khamis.

Penerima vaksin melibatkan penduduk dari Kampung Batu Bedang Tema Saan, Kampung Sejijak Mawang, Kampung Mentu Mawang, Kampung Bidak Mawang dan Kampung Mongkos.

Penyelaras PPV Dewan Masyarakat Tebedu, Dr. Shamira memberitahu, sistem ‘walk-in’ belum disediakan dan masih menggunakan kaedah hibrid.

Beliau juga menyeru warga emas yang mempunyai komorbid untuk diwajibkan hadir bagi menerima suntikan dos penggalak. –EDISI UKAS