83 Penerima Kampung Semariang Terima Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18, Skim Perumahan Tradisi Dibina Di Semariang

JUMAAT, 29 OKTOBER 2021

KUCHING: Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang anjuran Jabatan Tanah dan Survei telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Samariang Batu pada Jumaat.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg kepada 83 hak milik tanah yang merangkumi 5 buah kampung di Samariang.

Antara kampung yang menerima adalah Samariang Batu (8),  Samariang Pinggir (1), Samariang Batu PH.2 Teruntum (6), Samariang Tanah Merah (52) dan Samariang wawasan Jaya (16).

Penyerahan surat hak milik tanah seksyen 18 kanun tanah negeri ini merupakan tambahan kepada 566 surat hak milik tanah yang telah diserahkan kepada penduduk kampung pada 6 ogos 2015 lepas di Bangunan DUN Lama, Petra Jaya.

Secara simbolik, 30 orang penerima telah menerima surat hakmilik tanah tersebut dan selebihnya akan menerima surat tersebut melalui kaunter yang telah disediakan.

Dalam majlis sama, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari turut berkata Kerajaan Sarawak telah membangunkan kampung Samariang dan kawasan sekitarnya dengan pelbagai projek pembangunan bagi keperluan dan kemudahan penduduk setempat.

“Kita akan membesarkan Samariang untuk dilaksanakan skim perumahan secara tradisi dan saya sudah berikan peruntukkan tersebut kepada Jabatan Tanah dan Survei yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan dalam rancangan Malaysia ke-12.” katanya ketika berucap di Majlis tersebut pada Jumaat. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia