Pastikan Maklumat Itu Sahih, Betul Dan Tepat, Jika Tidak Pasti Jangan Kongsi – Ripin Lamat

JUMAAT, 29 OKTOBER 2021

MIRI: Satu Taklimat Isu-Isu Semasa telah dianjurkan Jabatan Penerangan Bahagian Miri yang dihadiri 200 orang peserta di Hotel Meritz Miri pada Khamis. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat yang hadir pada majlis itu mengingatkan peserta sentiasa menyebarkan maklumat sahih, betul dan tepat.

Katanya, berkongsi maklumat yang betul sahaja dan jika tidak pasti atau sahih, jangan disebarkan di media sosial. 

Sementara itu, Jabatan Penerangan Bahagian Miri memberitahu taklimat itu bertujuan menyalurkan maklumat dan isu-isu semasa kepada ‘Key Communicator’ seperti penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, Orang Berpengaruh (OBP) dan belia di samping mendapatkan penjelasan terperinci serta bertukar pandangan dengan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

Turut diperjelaskan isu-isu semasa yang berbangkit berikutan dasar-dasar baharu yang diperkenalkan kerajaan dengan maklumat yang tepat dan sahih kepada setiap lapisan masyarakat. -EDISI UKAS